MASJID AN-NUR USJ4

Assalamualaikum wbt.
Jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan/Puan klik pautan ini. Tujuan utama pautan/link ini adalah bagi memudahkan dan meraikan hajat Tuan/Puan menyumbang secara atas talian terus ke akaun Masjid An-Nur USJ4, Subang Jaya, Selangor.
Antara pilihan tabung yang diwujudkan adalah :-
1) Tabung Pengurusan - kos operasi dan urus tadbir masjid
2) Tabung Kebajikan - sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan atau program kebajikan
3) Tabung Khas Gerobok Rezeki Annur - Untuk makluman, masjid An-Nur USJ4 dipilih sebagai lokasi memohon bantuan untuk pek makanan, oleh itu, pihak masjid mengalu-alukan sumbangan Tuan/Puan bagi memastikan 'Gerobok Rezeki Annur' sentiasa mencukupi.
*****
Firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)
*****
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
*****
SEGALA JASA BAIK DAN SUMBANGAN ANDA KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN
- Pegawai & Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid An-Nur USJ4, Subang Jaya